
E-Book Diet Bakal Haji merupakan panduan pemakanan yang dirangka khas untuk membantu para Dhuyufurrahman (jemaah Haji) membuat persediaan fizikal dan mental menghadapi perjalanan ibadah Haji. Ditulis oleh seorang penasihat pemakanan, Puan Hajah Rasyedah A Raqi, E-Book ini menggabungkan pengalaman peribadi dan kepakaran profesional dalam menyediakan panduan praktikal, informatif, dan mudah diikuti.
Antara yang terkandung dalam E-Book ini:
- Persediaan Pemakanan: Panduan makanan dan nutrisi untuk memastikan tubuh kekal sihat sebelum, semasa, dan selepas Haji.
- Suplemen yang Disyorkan: Multivitamin, habatussauda, omega-3, dan probiotik untuk kesihatan optimum.
- Tips Praktikal: Strategi pemakanan menghadapi cabaran cuaca panas, mengatasi sembelit, dan mengekalkan hidrasi.
- Panduan Semasa Masyair: Tips pemakanan ketika berada di Arafah, Muzdalifah, dan Mina untuk membantu jemaah kekal bertenaga.
- Makanan Sunnah & Tradisional: Manfaat kurma, air zamzam, susu unta, serta makanan popular di Tanah Suci seperti kabsa dan shawarma.
- Senarai Semak: ‘Checklist’ makanan dan peralatan perjalanan untuk membantu persediaan lebih mudah dan teratur.
Dengan fokus pada kesihatan fizikal, mental, dan rohani, E-Book ini menjadi rakan terbaik untuk anda yang ingin memastikan ibadah Haji berjalan lancar dan penuh keberkatan.
DAPATKAN SEKARANG EBOOK INI UNTUK MEMBANTU IBADAH HAJI YANG LEBIH LANCAR DENGAN TUBUH BADAN YANG SIHAT!